Cerita Ceriti Kehidupan

Macam-macam ada…

Archive for the ‘Doa’


Appreciation..

I am still smiling with gratitude!! Thank you Allah, syukran. So happy… Why? Nothing much but it made my day!!

I met my colleague who had just came back from performing umrah in the meeting this afternoon. Well apalagi, salam and embrace her to ambik berkat! After the meeting, we were rushing back to the office to perform solat Asar and while waiting for the lift, I asked her how was her umrah? Her answer made me so happy..

She said, ‘ Alhamdulillah kak, semua ok. Saya kat sana terbayang kat akak jer, sebab akak banyak bagi tips, banyak memudahkan kami’. ‘Oh ya ker?’ I said.’Yer kak, saya siap cakap ngan husband saya..”. Then the lift arrived. So I said bye-bye, see you..

I am so HAPPY that my small contribution had helped her to perform her first umrah.Her appreciation made me feel special…Thanks to the book ‘Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman’, as most of the tips are from the book. I used the book when I went for umrah last year and the tips from the book especially the concept of du’a for everything had made a significant impact on my umrah & ziarah. Thanks to Sis A who had introduced me to this book before I went for umrah last year.

Prof Kamil, the writer of the book, had actually made me use du’a in all my daily chores. That was on of the tips that I told my colleague. Du’a for everything = good hotel, good food, good roomate, good relationship..everything!

Du’a is mukmin’s weapon, so let use our weapon to ease our life here in this world and in the hereafter.. InsyaAllah

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka. Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan didunia ini dan diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau.

Amin…

Thank you Allah..for your kind guidance.

Malas, malas, malas.. Kenapa?

Been asking myself, why I am so lazy lately.. Malas exercise, malas masak, malas kemas rumah, malas nak buat ibadat, malas nak puasa sunat, malas nak baca Al-Mathurat, malas nak tahajud, malas nak baca Al-Quran… segala-galanya malas…

In my condition, I should be very istiqamah bangun malam, solat sunat byk2, puasa, mengaji..because I have a lot to ask from HIM. I am asking the Creator to heal my health condition, to give me Zuriat, to invite me & My mum to Hajj this year, to ease my life in this world and the hereafter, etc..

I am repeatedly asking HIM a favour, tapi sentiasa alpa untuk beribadah padanya… kenapa? What should I do?

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Haiyyul Ya Qaiyyum, Ya Rabbal ‘Alamin…

Ya Allah, yang melaksanakan segala hajat…
Ya Allah, yang menerima segala permintaan….

Lemah aku, kuatkanlah
Lalai aku, ingatkanlah
Jahil aku, pandaikanlah
Kotor hati aku, bersihkanlah
Gelap hati aku, terangkanlah
Keras hati aku, lembutkanlah
‘Ujub riya’ aku, ikhlaskanlah
Takabbur zalim aku, tawadhu’kanlah
Salah aku, maafkanlah
Dosa aku, ampunkanlah
Kejahatan aku, taubatkanlah
Susah aku, angkatkanlah
Sempit aku, lapangkanlah
Sakit aku, sembuhkanlah
Uzur aku, sihatkanlah
Segala urusan aku, permudahkanlah
Segala masalah aku, selesaikanlah.

Aku tiada kaya, hanya Engkau yang maha kaya
Aku tiada kuat, hanya Engkau yang maha kuasa
Aku tiada pandai, hanya Engkau yang maha bijaksana
Aku adalah hambaMu yang lemah
Aku adalah hambaMu yang terlalu banyak salah

Jadikanlah aku hambaMu yang taat
Jadikanlah aku hambaMU yang solih
Jadikanlah aku hambaMU yang taqwa
Jadikanlah aku hambaMU yang bertaubat
Jadikanlah aku hambaMU yang rajin beribadah

Peliharakan aku dari syirik
Peliharakan aku dari murtad
Peliharakan aku dari mengikut kafir
Peliharakan aku dari dosa maksiat
Peliharakan aku dari dunia hingga akhirat

Amin….

Doa Seorang Hamba Allah

Masjidil Haram, taken from the bus on 29th May 2008.

Masjidil Haram, taken from the bus on 29th May 2008.

 

 

Di saat ini pada tahun lepas saya baru pulang mengerjakan umrah bersama rakan dengan izin suami. Sebelum berangkat, rakan saya J, memberi saya satu doa yang diberi oleh seorang ustaz untuk diamalkan di tanah suci.

Saya amat suka doa tersebut kerana ia merangkumi seluruh permintaan seorang hamba Allah yang inginkan kebahagian dunia dan akhirat. Berikut saya lampirkan doa tersebut untuk tatapan semua dan utk simpanan saya di alam maya……:

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim 

Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan, keimanan dan kesihatan yang sempurna, hati yang khusyu’ dan lidah yang sentiasa berzikir nama-Mu Ya Allah, rezeki yang melimpah, halal dan suci.  Ya Allah, lapangkanlah dadaku, tenangkanlah kebimbanganku dan berikanlah kesabaran pada diriku, kurniakanlah aku kebaikan di dunia ini, dan kemenangan dengan mendapat ni’mat syurga dan keselamatan dari api neraka, serta peliharalah aku dari azab siksa kubur dan neraka.  Ya Tuhan, lanjutkanlah usia dan ampunilah dosa kedua ibu-bapa, suami/isteri dan anak-anakku. 

Ya Allah Ya Tuhan, kurniakanlah aku cahaya keIslaman dan pancarkanlah cahaya keimanan di hati sanubariku dan jadikanlah aku golongan yang cintakan iman.  Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon kepada Engkau supaya cahaya Islam itu tiada dihapuskan dariku sehingga Engkau mematikan daku dalam keadaan aku seorang Islam yang sejati.  

Ya Allah, Ya Tuhanku, permurahkan rezekiku, berkatkanlah apa yang engkau anugerahkan kepadaku, cucurilah rahmat pada diriku, kayakan daku dengan yang halal dari yang haram, jadikanlah diriku sentiasa bersyukur ke atas segala pemberian yang Engkau kurniakan.   Ya Allah sesungguhnya aku pohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga-Mu, aku berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan azab neraka.   

Ya Allah, Ya Tuhanku, terangilah hatiku, perbaikilah kesudahan dalam segala urusan ku dan permudahkanlah pekerjaanku dan lapangkan dadaku, jauhkanlah aku difitnah, dianiayai dan dikhianati dan jauhkanlah aku dari kehinaan dunia dan azab akhirat. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar Engkau muliakan sebutan namaku, perbaikkan keadaanku, bersihkan hatiku dan angkatkanlah darjatku di dalam syurga-Mu.   

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon pada-Mu iman yang berkekalan, yang kekal bersemadi di hatiku, keyakinan yang benar sehingga aku dapat menginsafi bahawa tiada sesuatu yang menimpa daku selain dari apa yang Engkau takdirkan kepadaku.  Engkau adalah pelindungku di dunia dan di akhirat.  Matikanlah aku ini dalam keadaan Islam, dan masukkanlah aku ini dalam golongan orang-orang yang soleh.  

Ya Allah, Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu pengetahuanku, janganlah Engkau pesongkan hatiku selepas mendapat hidayah petunjuk-Mu, berilah daku disisi-Mu rahmat, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemberi Kurnia. 

Ya Allah, sempurnakanlah ajalku dengan segala kebajikan, sampaikanlah cita-citaku dengan limpah kurniaan-Mu, dan mudahkanlah segala jalan yang boleh menyampaikanku kepada keredhaan-Mu, perelokkanlah segala amalanku di dalam semua keadaan.   

Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya daku pohon agar dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang padu, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, segala yang halal dan baik, taubat yang sebenarnya sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan-amalan, kejayaan dengan mendapat syurga dan keselamatan dari neraka.  Ya Allah,  sempurnakanlah cahaya keimanan ku dan ampunilah dosaku dari kecil hinggalah sekarang. 

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau maha mengetahui rahsiaku yang tersembunyi dan yang nyata.  Engkau maha mengetahui segala yang terkandung dalam hatiku, kabulkanlah semua permohonanku ini, wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. 

Rabbanaa ‘aatinaa fid-dun-yaa hasanatan

Wafil ‘aakhirati hasanatan waqinaa ‘adzaaban naar

Wa shallallaahu ‘alaa saiyidinaa Muhammad

Wa ‘alaa aalihii wa shahbihii wa sallam

 Amin ya rabbal alamin

Nostalgia ‘Kesakitan’…

Sedikit sebanyak, HSG procedure yang telah ku lalui tu mengembalikan nostalgia sakit yang telah 5 bulan ku tinggalkan. Adakah sakitku akan berakhir atau berkurangan setelah habis 6 bulan mengambil Zoladex ?

Hati tertanya-tanya, adakah Allah akan mudahkan urusan ku untuk mendapat zuriat dan menyembuhkan penyakitku? Pakar mengatakan sakit ku tiada ubat, melainkan kehamilan, buang rahim atau bertahan sehingga putus haid. Allah telah nyatakan, setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati…Cuma aku belum ketemu ubatnya…Hanya Allah yang mengetahui dan padaNya lah aku harus meminta dan sentiasa bersangka baik….. 

Ya Allah Kau yang Maha Agung, penuh dengan kasih sayang melimpah ruah dan pemberi perlindungan dan pertolongan. Kau berikan kesudahan yang baik utk aku dan suamiku. Pimpinlah kami dengan kalimah syahadahMu di saat akhir kami. Dakaplah kami dalam kelembutan rahmatMu dan Kau berikan yang terbaik bagi kami. Terimalah kami dalam keredhaanMu dan berikan kami maghfirahMU bagi setiap dosa-dosa dari perbuatan, tuturkata atau detik hati.

 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab, berikan aku kekuatan utk mengharungi kemelut hidupku dan ringankan bebanan deritaku dengan kifarah bagi setiap dosa-dosaku yang lampau.

 

Ya Allah Ya Baari’ sembuhkanlah penyakitku ini dan anugerahkan kesihatan yg sempurna utkku dan suami. Ya Allah Ya Rahman Ya Wahab anugerah dan permudahkan aku dan suami utk mendapat zuriat yg sempurna yg dirahmati, diberkati dan dipelihara oleh MU. Ya Allah. Kau mudahkanlah yang sukar bagi kami Kau lenyapkan kedukaan hatiku dan sayu hatiku.

 

Ya Allah, Ya Ghaffur, ampunkanlah dosa2 kami, berikan keimanan dan kesihatan yang sempurna, hati yang khusyu’ dan lidah yang sentiasa berzikir nama-Mu Ya Allah, rezeki yang melimpah, halal lagi suci.  Ya Allah, lapangkanlah dada kami, tenangkanlah kebimbanganku dan berikanlah kesabaran pada kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia ini, dan kemenangan dengan mendapat ni’mat syurga dan keselamatan dari api neraka, serta peliharalah kami dari azab siksa kubur dan neraka.

 

Amin Ya Rabbil Alamin.