Cerita Ceriti Kehidupan

Macam-macam ada…

Archive for the ‘Spiritual Journey’


Last Zoladex Injection, Hajj?

Last Monday 8th June, was my last Zoladex injection. Masa checkup tu I told Prof that, dah terasa macam takut jer.Takut untuk sakit balik.Prof senyum jer and cakap, tak per kita tak biar lama and ask me to come back before my 3rd period to start the fertility treatment. Jangka start balik period in Sept 09. So I have to go and see him probably in Nov 09.

Then I asked him, what if I want to perform my hajj this comming Hajj season? That is a good idea and so much better, he said. And told me to come after balik haji. Doa banyak-banyak kat sana, he said.

And this is what I have to look forward to, to bring my mum to perform Hajj this comming Hajj season. Pok Cik, my uncle has already submited rayuan, and was saying that, InsyaAllah dapat this year..Kalau ada rezekilah…

Problemnya last year, Hubby gave his green light, tapi tak der rezeki last year.Tak dapat.This year, Hubby said tak payahlah since I will be in treatment. Anyway I did not tell Pok Cik, and Pok Cik dah submit my name in the rayuan tu. So after dah confirmed ngan Prof, now to discuss ngan Hubby pulak.Hopefully he will agree.

Kena doa banyak-banyak ni….

” Ya Allah, aku teringin utk membawa ibuku menunaikan fardhu haji tahun ini bersama dgn adiknya dan adik ipar dan anak sedaranya. Jemput lah mereka menjadi tetamu Mu, sebagaimana Engkau telah menjemput Prof Muhd Kamil . Pilih la kami menjadi tetamu Mu yang paling istimewa, Ya Allah….tetamu Mu yang paling istimewa Ya Allah….tetamuMu yg paling istimewa.

Ya Allah, Kurniakan lah kami kecukupan rezeki. Berikanlah kami kelapangan masa, kesihatan yg baik serta keringanan hati utk melakukan ibadat kepadaMu…”

Amin…..

Doa Seorang Hamba Allah

Masjidil Haram, taken from the bus on 29th May 2008.

Masjidil Haram, taken from the bus on 29th May 2008.

 

 

Di saat ini pada tahun lepas saya baru pulang mengerjakan umrah bersama rakan dengan izin suami. Sebelum berangkat, rakan saya J, memberi saya satu doa yang diberi oleh seorang ustaz untuk diamalkan di tanah suci.

Saya amat suka doa tersebut kerana ia merangkumi seluruh permintaan seorang hamba Allah yang inginkan kebahagian dunia dan akhirat. Berikut saya lampirkan doa tersebut untuk tatapan semua dan utk simpanan saya di alam maya……:

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim 

Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan, keimanan dan kesihatan yang sempurna, hati yang khusyu’ dan lidah yang sentiasa berzikir nama-Mu Ya Allah, rezeki yang melimpah, halal dan suci.  Ya Allah, lapangkanlah dadaku, tenangkanlah kebimbanganku dan berikanlah kesabaran pada diriku, kurniakanlah aku kebaikan di dunia ini, dan kemenangan dengan mendapat ni’mat syurga dan keselamatan dari api neraka, serta peliharalah aku dari azab siksa kubur dan neraka.  Ya Tuhan, lanjutkanlah usia dan ampunilah dosa kedua ibu-bapa, suami/isteri dan anak-anakku. 

Ya Allah Ya Tuhan, kurniakanlah aku cahaya keIslaman dan pancarkanlah cahaya keimanan di hati sanubariku dan jadikanlah aku golongan yang cintakan iman.  Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon kepada Engkau supaya cahaya Islam itu tiada dihapuskan dariku sehingga Engkau mematikan daku dalam keadaan aku seorang Islam yang sejati.  

Ya Allah, Ya Tuhanku, permurahkan rezekiku, berkatkanlah apa yang engkau anugerahkan kepadaku, cucurilah rahmat pada diriku, kayakan daku dengan yang halal dari yang haram, jadikanlah diriku sentiasa bersyukur ke atas segala pemberian yang Engkau kurniakan.   Ya Allah sesungguhnya aku pohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga-Mu, aku berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan azab neraka.   

Ya Allah, Ya Tuhanku, terangilah hatiku, perbaikilah kesudahan dalam segala urusan ku dan permudahkanlah pekerjaanku dan lapangkan dadaku, jauhkanlah aku difitnah, dianiayai dan dikhianati dan jauhkanlah aku dari kehinaan dunia dan azab akhirat. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar Engkau muliakan sebutan namaku, perbaikkan keadaanku, bersihkan hatiku dan angkatkanlah darjatku di dalam syurga-Mu.   

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon pada-Mu iman yang berkekalan, yang kekal bersemadi di hatiku, keyakinan yang benar sehingga aku dapat menginsafi bahawa tiada sesuatu yang menimpa daku selain dari apa yang Engkau takdirkan kepadaku.  Engkau adalah pelindungku di dunia dan di akhirat.  Matikanlah aku ini dalam keadaan Islam, dan masukkanlah aku ini dalam golongan orang-orang yang soleh.  

Ya Allah, Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu pengetahuanku, janganlah Engkau pesongkan hatiku selepas mendapat hidayah petunjuk-Mu, berilah daku disisi-Mu rahmat, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemberi Kurnia. 

Ya Allah, sempurnakanlah ajalku dengan segala kebajikan, sampaikanlah cita-citaku dengan limpah kurniaan-Mu, dan mudahkanlah segala jalan yang boleh menyampaikanku kepada keredhaan-Mu, perelokkanlah segala amalanku di dalam semua keadaan.   

Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya daku pohon agar dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang padu, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, segala yang halal dan baik, taubat yang sebenarnya sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan-amalan, kejayaan dengan mendapat syurga dan keselamatan dari neraka.  Ya Allah,  sempurnakanlah cahaya keimanan ku dan ampunilah dosaku dari kecil hinggalah sekarang. 

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau maha mengetahui rahsiaku yang tersembunyi dan yang nyata.  Engkau maha mengetahui segala yang terkandung dalam hatiku, kabulkanlah semua permohonanku ini, wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. 

Rabbanaa ‘aatinaa fid-dun-yaa hasanatan

Wafil ‘aakhirati hasanatan waqinaa ‘adzaaban naar

Wa shallallaahu ‘alaa saiyidinaa Muhammad

Wa ‘alaa aalihii wa shahbihii wa sallam

 Amin ya rabbal alamin